Bincang pampasan untuk nelayan

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

BATU BERENDAM 13 Mac – Projek penyambungan jeti Tanjung Bruas, Tanjung Kling di sini tidak pernah dibincangkan bersama kerajaan negeri sehingga ianya siap dibina.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang apatah lagi isu terbabit telah menjejaskan pendapatan nelayan setempat.

“Sudah pasti saya terkilan kerana sepatutnya mereka perlu berbincang dengan kami terlebih dahulu bukannya dibuat tanpa pengetahuan dan perbincangan bersama.

“Secara teknikal ianya juga perlu kelulusan daripada pihak kami tapi sehingga kini kami tidak dipanggil serta diberikan maklumat mengenai projek. Pada saya itu memang tindakan yang tak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum dan Penyerahan Lesen Sampan Khas Negeri Melaka di Empangan Sungai Batu Hampar di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Perikanan Negeri Mohd Fauzi Salehon serta Pengarah Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Melaka, Azizul Adzran Mahmor.

PENGERUSI Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Norhizam Hassan Baktee/ Gambar: Siti Saleha

Norhizam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai projek penyambungan jeti Tanjung Bruas yang menimbulkan keresahan dalam kalangan nelayan setempat khususnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama mereka Isnin ini bagi mendapatkan keputusan adil kerana ia turut membabitkan mata pencarian nelayan.

“Kita perlu ambil kira beberapa faktor antaranya ekosistem dan ianya tidak boleh menguntungkan satu pihak sahajà.

“Kita juga perlu jaga rakyat dan saya akan berjumpa dengan ketua nelayan di kawasan itu bagi mengenal pasti radius yang terkesan dan nelayan yang terbabit untuk mendapat pampasan,” katanya.

Semalam, media melaporkan kira- kira 300 nelayan termasuk nelayan berdaftar di perairan Tanjung Kling bimbang apabila mata pencarian terjejas akibat projek penambakan laut dan pembinaan jeti pelabuhan berhampiran Jeti Nelayan Kampung Hailam, sejal awal bulan ini.

Mereka mendakwa, projek pembinaan jeti pelabuhan kira- kira 600 meter itu menyukarkan nelayan turun ke laut hinggakan ada di antara mereka terpaksa menangkap ikan berhampiran Pulau Besar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

796
Kongsi :
Previous post UMNO Melaka bersedia 100 peratus
Next post MUFC mesti menang malam ini! – KM
Ubah saiz-+=