
BN akan umum tawaran baharu buat rakyat Melaka
MASJID TANAH 4 Nov – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan tawaran-tawaran baharu kepada rakyat Melaka menjelang pengumuman manifestonya pada minggu hadapan.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, manifesto-manifesto yang akan dibentangkan itu merangkumi tiga fokus utama iaitu kestabilan, kemakmuran dan muafakat.
“Kita akan mengadakan pelancaran manifesto BN selepas penamaan calon, yang mana akan ada tawaran-tawaran baharu akan diberikan kepada rakyat Melaka untuk memberi mandat kepada BN mentadbir negeri ini.
“Apa yang boleh saya katakan, rakyat Melaka akan mendapat banyak faedah daripada (manifesto) khususnya membabitkan kerajaan yang stabil makmur dan berkredibiliti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai bayangan calon yang akan ditampilkan BN, Ab Rauf bagaimanapun meminta semua bersabar sehingga hari penamaan calon pada 8 Nov.
Namun, beliau memberi jaminan PRN Melaka ini akan menampilkan ramai muka baharu dan tokoh-tokoh muda yang berkaliber untuk diketengahkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT
BANDA HILIR 15 Mei - Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional...
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...

