BN namakan Sulaiman sebagai Ketua Menteri-designate

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 10 Nov. – Barisan Nasional (BN) menamakan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai bakal Ketua Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Sulaiman layak menerajui Melaka berikutan beliau tidak mempunyai sebarang isu sewaktu memimpin negeri ini.

“Kita punyai Ketua Menteri ‘designate’ (iaitu) Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai ‘incumbent’ (penyandang jawatan) maka beliaulah yang akan menerajui pentadbiran negeri Melaka.

“Kita harap supaya dengan pentadbiran beliau yang diterima oleh ramai, mana-mana kita pergi di Melaka ini, Sulaiman tidak ada apa-apa isu.

“Maka Insyallah dengan izin Allah Taala, (jika) kita menang kita akan jadikan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri dari BN yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Manifesto Barisan Nasional diadakan di Taman Botanikal, di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kedudukan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sekiranya memenangi kerusi di Tanjung Bidara dengan tawaran sebagai Timbalan Ketua Menteri ataupun Exco, beliau mengulas kedudukan itu bergantung kepada keadaan dalam parti tersebut.

“Itu terpulang keadaan, yang pentingnya siapa Ketua Menteri, dia (Ab Rauf) nak jadi ADUN biasa pun boleh, dia nak tak ada apa-apa pun boleh,” ringkasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

618
Kongsi :
Previous post BN yakin menang PRN Melaka
Next post Perluaskan kemudahan wifi percuma di seluruh Melaka
Ubah saiz-+=