BN seru kaum Cina kekal sokong calon MCA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 17 Nov – Barisan Nasional menyeru seluruh pengundi Cina di negeri ini untuk terus kekal menyokong tujuh calon MCA yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata kesemua muka baharu yang dicalonkan itu mempunyai potensi yang baik dalam politik serta diyakini akan mengimbangi pentadbiran kerajaan negeri.

“Kalau kita dapat bentuk kerajaan nanti, saya rasa, saya fikir masyarakat kaum Tionghua mesti ada wakil di dalam kerajaan yang bakal kita bentuk ini.

“Saya mahukan suara daripada kaum Tionghua melalui MCA kalau diberi undi. Maka akan memudahkan lagi kerajaan untuk menjalankan pentadbiran dan pengurusan apabila kita diberikan mandat untuk menjadi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pertemuan bersama pemimpin MCA di Ayer Keroh.

Dalam pada itu, beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan berikutaan BN mempunyai pencapaian terbaik dalam mentadbir negara ini dengan kemakmuran yang dinikmati rakyat dalam mentadbir rakyat sejak 60 tahun lalu.

“Saya mohon kepada semua pengundi Cina yang berada di Melaka ini yang layak mengundi pada 20hb ini, saya harap semua pengundi-pengundi bagi kaum Cina dapat memberikan undi kepada calon MCA.

“Sebab kita mahukan sebuah kerajaan yang stabil, kita mahu lihat sebuah kerajaan yang di dalam ada kepelbagaian, kita mahu melihat sebuah kerajaan yang ada perpaduannya di dalamnya dan perlu ada semangat muhibah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

441
Kongsi :
Previous post Bapa didenda RM4,000 ketuk kaki anak guna telefon bimbit
Next post Tetap guna pesawat Hawk 108 untuk latihan – Hishamuddin
Ubah saiz-+=