photo1637140429

Tetap guna pesawat Hawk 108 untuk latihan – Hishamuddin

KLEBANG 17 Nov- Isu penggantungan tugas pesawat Hawk 108 hanya akan diketahui selepas siasatan dijalankan Lembaga Siasatan Khas selesai, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau berkata, pesawat pejuang Hawk terbabit akan tetap digunakan namun ia bergantung kepada keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Ini dalam perancangan kita seperti biasa, satu insiden sebegini tidak menuntut kita (untuk) memikirkan pendekatan yang berbeza daripada apa yang saya umumkan sama ada di Parlimen atau dasar pertahanan kita.

“Saya harap bahawa apa jua yang dirancang mencukupi (dan) memenuhi keperluan TUDM dan akhirnya mereka (juruterbang) ‘end user’ sama ada perlukan pesawat terbaharu atau perlukan untuk selenggara pesawat sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Klebang, selepas bertemu calon Barisan Nasional (BN) N.14 Lim Ban Hong, hari ini.

PESAWAT Hawk 108 Kredit foto Lawrence M Bean

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, ketika ini beliau tidak menerima sebarang laporan untuk menukar pesawat yang digunakan dalam latihan itu.

Malah setiap pesawat pejuang jelasnya akan menjalani proses selenggara sebelum dibenarkan bertugas.

“Ianya datang daripada kehendak TUDM sendiri, kita bukannya pakar atau pengguna akhir, akhirnya terletak ke atas ‘bahu dan kepala’ TUDM untuk memastikan aset sedia ada selamat.

“Ia masih berfungsi untuk latihan pada waktu malam, saya tak terima laporan apa-apa berhubung Skuadron mengendalikan pesawat Hawk itu,” jelasnya.

Hishamuddin turut mengingatkan agar tiada pihak cuba mengambil kesempatan serta mengeruhkan keadaan ketika siasatan masih dijalankan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

42
WhatsApp Image 2021-11-17 at 6.18.38 PM Previous post BN seru kaum Cina kekal sokong calon MCA
photo1637149036 Next post Jenazah Allahyarham Ghafaar Atan selamat dikebumikan