Sorting by

×

Boleh jadi petani dengan teknologi di hujung jari

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

AYER KEROH 9 Februari – Jika dahulu ramai pekebun atau petani perlu perlu berpanas untuk menyiram atau membaja tanaman mereka, kini dengan teknologi fertigasi Internet of Things (IoT) segalanya hanya di hujung jari.

Ketua Pegawai Operasi Sayrikat Eurika Technology Solution (ETS), Mohd Adzimuddin Mohd Nor Azami berkata itu adalah konsep diperkenalkan buat pekebun di negeri ini yang tidak lagi perlu turun ke kawasan tanaman mereka.

Menurutnya, hanya dengan menggunakan telefon pintar atau tablet pekebun boleh membaja dan menyiram tanaman mereka secara automatik atau separa automatik mengikut waktu ditetapkan.

“Alhamdulillah hasil pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebelum ini kami dapat mereka cipta satu teknologi fertigasi IoT yang mana dapat mengawal tanaman fertigasi menggunakan teknologi ini.

“Kami membuat teknologi ini sewaktu belajar, Alhamdulillah teknologi ini diterima petani dan mereka bersetuju memberikan kebenaran kepada kami untuk menjual kepada petani-petani di Malaysia.

“Dengan menggunakan hujung jari petani dapat memantau suhu keadaan tapak tanaman, pantau kelembapan tanaman, dapat melihat dan mengawal sistem tangki air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) selepas Majlis Pelancaran Tanaman Cili Kaedah Internet of Things (IoT) Kontinjen Melaka di Dewan Parameswara Mes Pegawai Kanan IPK di sini, semalam.

photo_2023-02-09_09-49-12
Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Datin Sabariah Hashim (kanan) melihat tanaman cili yang menggunakan kaedah Internet of Things (IoT) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang. Foto: MR. AZLI

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Abu Samah.

Katanya kos untuk menggunakan teknologi IoT itu bergantung kepada formula yang diperlukan petani.

“Untuk kos, kita dah buat kajian di pasaran alhamdulillah harga dikenakan masih ‘affordable’ (mampu milik) untuk petani kerana dalam kos paling murah 0.5 horst power (kuasa kuda) dalam RM8,400 untuk boleh kawal dalam 500 polibeg tanaman.

“Teknologi ini bergantung kepada kuasa pam dan ada formula dia, beza harga sistem kami adalah kuasa pam itu kerana ia berbeza dengan elektrik digunakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1479
Kongsi :
Previous post Negara jiran dimaklumkan bantu SAR anggota komando
Next post UMNO telah kemuka maklumat diperlukan RoS – Ahmad Zahid
Ubah saiz-+=