Negara jiran dimaklumkan bantu SAR anggota komando

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TELOK MAS 9 Februari – Seramai 175 anggota dari pelbagai agensi dan 18 aset digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga anggota tentera, komando Lans Koperal Edrin Baintim yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan, kelmarin.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, operasi pencarian yang masuk hari ketiga hari ini bermula pada jam 7 pagi tadi.

“Sebanyak 18 aset telah diatur gerak ke lokasi pencarian yang terdiri daripada 15 aset laut dan tiga udara.

“Manakala seramai 175 anggota termasuk pegawai dari pelbagai agensi juga terbabit dalam SAR yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, bagi memudahkan kerja-kerja pencarian, kawasan pencarian dipecahkan kepada beberapa sektor.

“Lapan sektor dipecahkan bagi aset di laut dan dua sektor pula bagi aset di udara, ia untuk memudahkan kerja pencarian.

“Kawasan pencarian mangsa yang berusia 25 tahun itu, meliputi seluas 1,040 kilometer persegi,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya, telah memaklumkan kepada pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia bagi membantu operasi.

“Pemakluman itu dibuat kerana terdapat kemungkinan mangsa telah dihanyutkan ke perairan negara jiran ia berdasarkan data serta maklumat Search and Rescue Optimal Planning System (SAROPS),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1716
Kongsi :
Previous post Kerajaan cari jalan penyelesaian kurangkan beban rakyat tanpa pengeluaran KWSP
Next post Boleh jadi petani dengan teknologi di hujung jari
Ubah saiz-+=