
Boleh pakai baju biasa ke sekolah 1 Mac ini – KPM
PUTRAJAYA 24 Feb. – Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah bermula 1 Mac ini.
MENTERI Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.
“Kami ingin memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.
“Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021” katanya dalam kenyataan tersebut.
Tambahnya, KPM berharap kebenaran itu akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’
MACHAP JAYA 24 Mei - Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif...
MELAKA JADI TUMPUAN GENG ‘BASIKAL LIPAT’
BANDA HILIR 24 Mei - Seramai 616 pemilik basikal lipat berhimpun di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, bagi memeriahkan...
