Bomba selamatkan pemandu, warga emas terperangkap banjir kilat di Cheng

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 10 Okt. Seorang lelaki warga emas bersama pemandunya berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir kilat di kawasan persimpangan Cheng, dekat sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, mereka diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 7.25 pagi.

Pegawai Operasi dari BBP Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Zulkifli Mohd Ali berkata, terdapat tiga kenderaan terperangkap dalam kedalaman air banjir setinggi satu meter itu.

ANGGOTA bomba menolak kereta Bentley dinaiki warga emas yang terperangkap banjir di persimpangan Cheng. Foto – Ihsan JBPM Melaka.

“Terdapat tiga kereta tersekat, namun dua pemandunya telah keluar menyelamatkan diri.

“Anggota bomba membantu menyelamatkan pemandu kereta Bentley dan penumpang warga emas berumur lingkungan 80-an dengan menolak kenderaan itu ke lokasi selamat.

“Kedua-dua pemandu berusia 30-an dan Warga emas yang tidak mampu berjalan itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dihubungi Melaka Hari Ini sebentar tadi.

Zulkifli berkata, operasi menyelamat operasi selesai jam 8.49 pagi.

Katanya, selain sebuah jentera bersama enam anggota dan pegawai, turut terbabit operasi itu adalah dua anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

840
Kongsi :
Previous post Mentaliti atlet perlu diubah – Ahmad Faizal
Next post Banjir kilat di persimpangan Cheng
Ubah saiz-+=