
Bonus setengah bulan gaji buat penjawat awam Melaka
AYER KEROH 9 Dis. – Lebih 4,000 penjawat awam di negeri ini bakal menerima bonus setengah bulan gaji atau minima RM1,000 bermula akhir Disember ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman Md. Ali berkata, berkata, bantuan khas itu akan dibayar sebanyak dua peringkat pada akhir Disember ini dan Januari tahun depan.
Katanya, insentif yang ditawarkan itu sebagai kesetiaan golongan terbabit menerusi Tonggak 5K iaitu, Komunikasi; Kolaborasi; Koordinas; Komptensi dan Kongsi Matlamat Bersama yang menjadi pengangan penjawat awam di Melaka.
“Bagi memperhebat kecekapan itu, kerajaan negeri memberi peruntukan tersebut sebagai penghargaan buat golongan ini.
“Kepada mereka saya nak ‘kabau’ sikit, ‘janganlah kahau layan rakyat Melaka’, ‘tak usah masam-masam muko’, kerana, ‘nan diseru nan dipinta, nan ditunggu sudah pun tiba,” katanya dalam ucapan membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, sebentar tadi.
Views:
Related

Berita Lain
AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT MERIAH, CERIA DAN PENUH MESRA
AYER KEROH 28 Mac - Suasana meriah dan penuh kemesraan dapat dilihat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini,...
MELAKA AMBIL LANGKAH AWAL PASTIKAN BEKALAN AIR MENCUKUPI
AYER LIMAU 28 Mac - Kerajaan Negeri mengambil langkah awal menyediakan pelan kotingensi bagi memastikan bekalan air di Melaka mencukupi...
DARIPADA RAKYAT UNTUK RAKYAT, PARAKOM CERMINAN MeSRa
BANDA HILIR 28 Mac - Inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) diperkenalkan Kerajaan Negeri bukan sahaja memperkukuh kesiapsiagaan kecemasan, malah menjadi cerminan...
MELAKA RIVER CRUISE TAWAR HADIAH CABUTAN BERTUAH RM100,000
AYER KEROH 28 Mac - Pelbagai hadiah menarik keseluruhan berjumlah RM100,000 ditawarkan kepada pengunjung bertuah Melaka River Cruise sepanjang tahun...
LEBIH 10,000 TETAMU MERIAHKAN JAMUAN AIDILFITRI DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 28 Mac - Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dalam suasana meriah...
DUA PENGARAH SYARIKAT RUGI LEBIH RM800,000 DIPERDAYA ‘PHONE SCAM’
GEORGE TOWN 27 Mac - Seorang pengarah syarikat kerugian RM457,607 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon awal bulan ini....

