
Bonus setengah bulan gaji buat penjawat awam Melaka
AYER KEROH 9 Dis. – Lebih 4,000 penjawat awam di negeri ini bakal menerima bonus setengah bulan gaji atau minima RM1,000 bermula akhir Disember ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman Md. Ali berkata, berkata, bantuan khas itu akan dibayar sebanyak dua peringkat pada akhir Disember ini dan Januari tahun depan.
Katanya, insentif yang ditawarkan itu sebagai kesetiaan golongan terbabit menerusi Tonggak 5K iaitu, Komunikasi; Kolaborasi; Koordinas; Komptensi dan Kongsi Matlamat Bersama yang menjadi pengangan penjawat awam di Melaka.
“Bagi memperhebat kecekapan itu, kerajaan negeri memberi peruntukan tersebut sebagai penghargaan buat golongan ini.
“Kepada mereka saya nak ‘kabau’ sikit, ‘janganlah kahau layan rakyat Melaka’, ‘tak usah masam-masam muko’, kerana, ‘nan diseru nan dipinta, nan ditunggu sudah pun tiba,” katanya dalam ucapan membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, sebentar tadi.
Views:
Related

Berita Lain
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
DATARAN NIAGA BAHARU JADI HAB KUIH TRADISIONAL TELOK MAS
TELOK MAS 12 Ogos - Satu dataran niaga baharu sedang dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah...
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...

