
COVID-19: 13 anggota Balai Polis Lubok China diarah kuarantin
AYER LIMAU 5 Feb. – Seramai 13 kakitangan di Balai Polis Lubok China, di sini diarah menjalani kuarantin di rumah selepas seorang daripada kakitangannya disahkan positif COVID-19.
Menurut satu kenyataan, perintah kuarantin di rumah itu dilaksanakan bermula hari ini sehingga 8 Februari.
Kes itu mula dikesan semalam apabila seorang anggota dari balai berkenaan didapati positif COVID-19 selepas melakukan ujian saringan.
Jangkitan itu dipercayai berpunca daripada anak kepada seorang anggota dari balai berkenaan disahkan positif pada 29 Januari lalu.
Sehubungan itu, penugasan di balai tersebut akan diambil alih sepenuhnya oleh balai berdekatan iaitu Balai Polis Kuala Sungai Baru dan Balai Polis Masjid Tanah sehingga tempoh kuarantin tamat.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi Melaka Hari Ini mengesahkan mengenai perkara tersebut.
Beliau bagaimanapun memaklumkan, kes di balai itu masih terkawal kerana sehingga kini hanya seorang sahaja kakitangan disahkan positif COVID-19.
Views:
Related


Berita Lain
MAYAT LELAKI RENTUNG DITEMUKAN DI LADANG
KULIM 29 Mac - Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan rentung bersama-sama sebuah motosikal di Ladang Anak Kulim dekat sini, semalam....
NELAYAN DILAPORKAN HILANG DITEMUKAN LEMAS BERHAMPIRAN TANJUNG RHU
MERSING 29 Mac - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan lemas di persisiran pantai berhampiran Tanjung Rhu di sini,...
PESARA RUGI LEBIH RM337,000 AKIBAT PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 29 Mac - Seorang pesara kerugian lebih RM337,000 selepas terperdaya pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan tinggi menerusi Facebook,...
KEBAJIKAN PELAJAR TVET MELAKA TERUS DIPERKASA
RIM 29 Mac - Kira-kira 300 pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) daripada keluarga B40 di negeri...
BUDAYA KITAR SEMULA DI MELAKA MENINGKAT
AYER KEROH 29 Mac - Kesedaran rakyat Melaka mengamalkan kitar semula terus menunjukkan peningkatan saban tahun hasil pelbagai inisiatif dan...
RUMAH TERBUKA MACHAP JAYA JAMU JUADAH TRADISIONAL, SEMARAK AIDILFITRI DALAM SUASANA MUHIBAH
AYER KEROH 29 Mac - Lebih 20 jenis juadah tradisional hari raya bakal disajikan kepada penduduk pada Jamuan Aidilfitri ‘Melaka...
