
COVID-19: Bekas banduan dibebaskan meninggal dunia
AYER KEROH 3 Dis. – Seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat jangkitan pandemik COVID-19 dari Kluster Tembok Sungai Udang.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dilaporkan menerima jangkitan ketika masih dalam tahanan di Penjara Sungai Udang.
“Lelaki itu dilaporkan positif selepas dibebaskan pada 21 Januari lalu dan menjalani perintah kuarantin di rumah bersama keluarganya di Mukim Brisu.
“Jenazah akan dikebumikan di mukim yang sama mengikut prosedur operasi standard yang diperketatkan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu, penularan mendadak virus itu mengakibatkan Penjara Sungai Udang termasuk kuarters kediamannya diperintahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 16 Februari depan.
Ia berikutan sebanyak 113 individu disahkan positif COVID-19 sebaik ujian saringan dilaksanakan membabitkan 339 individu setakat 31 Januari lalu.
Dari jumlah terbabit 79 tahanan termasuk 22 kakitangan dan 12 ahli keluarga telah disahkan positif menghidapi wabak itu.
Views:
Related


Berita Lain
DEEPAVALI DISAMBUT DALAM SUASANA MERIAH, SENYUMAN
BANDA HILIR 17 Oktober - Kerajaan Negeri menyalurkan pelbagai bantuan dan sumbangan bagi memastikan golongan kurang berkemampuan menyambut Deepavali dengan...
POLIS NAFI KEJADIAN CULIK MURID SEKOLAH DI LIMBANG
LIMBANG 17 Oktober - Polis menafikan berlakunya kejadian culik di sebuah sekolah rendah di sini seperti yang tular di media...
WRUR: KLEBANG TERIMA ADUAN TERBANYAK, BUKTI INISIATIF TURUN PADANG KERAJAAN BERKESAN
KLEBANG 17 Oktober - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti menjadi sebuah inisiatif penting dalam menyelami denyut nadi rakyat...
WRUR: JAMBATAN HUBUNG DUA KAMPUNG TERPISAH SIAP 2027
KLEBANG 17 Oktober - Jambatan Stulang Daeng-Pulau Gadong yang runtuh dalam kejadian September 2023 bakal dibina baharu menerusi peruntukan Kementerian...
WRUR: POTENSI BESAR KLEBANG SEBAGAI KATALIS EKONOMI BAHARU MELAKA
KLEBANG 17 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang bakal berkembang menjadi sebuah kawasan katalis ekonomi baharu Negeri Melaka pada...
WRUR: PASAR 25 TAHUN BATANG TIGA DINAIK TARAF PASAR WILAYAH KLEBANG
KLEBANG 17 Oktober - Pasar Batang Tiga yang telah berusia lebih 25 tahun bakal dinaik taraf menjadi sebuah pasar yang...