
COVID-19: Bekas banduan dibebaskan meninggal dunia
AYER KEROH 3 Dis. – Seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat jangkitan pandemik COVID-19 dari Kluster Tembok Sungai Udang.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dilaporkan menerima jangkitan ketika masih dalam tahanan di Penjara Sungai Udang.
“Lelaki itu dilaporkan positif selepas dibebaskan pada 21 Januari lalu dan menjalani perintah kuarantin di rumah bersama keluarganya di Mukim Brisu.
“Jenazah akan dikebumikan di mukim yang sama mengikut prosedur operasi standard yang diperketatkan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu, penularan mendadak virus itu mengakibatkan Penjara Sungai Udang termasuk kuarters kediamannya diperintahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 16 Februari depan.
Ia berikutan sebanyak 113 individu disahkan positif COVID-19 sebaik ujian saringan dilaksanakan membabitkan 339 individu setakat 31 Januari lalu.
Dari jumlah terbabit 79 tahanan termasuk 22 kakitangan dan 12 ahli keluarga telah disahkan positif menghidapi wabak itu.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
