
COVID-19 : Dua lagi warga emas meninggal dunia di Melaka
AYER KEROH 25 Mei – Dua kes kematian baharu dicatatkan hari ini membabitkan warga emas, masing-masing disahkan positif COVID-19 sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat pandemik ini meningkat kepada 52 kes.
Menurut kenyataan di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), kes pertama membabitkan seorang lelaki berumur 73 tahun di Mukim Bandar Melaka.
“Kes mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan kanser hati.
“Kes dikesan positif selepas melalui saringan kontak rapat kes positif (anak) dari Kluster Jalan Semabok,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, kes kematian kedua membabitkan wanita berusia 88 tahun dari mukim Bachang yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.
“Kes ini dikesan mempunyai kontak rapat dengan rakan yang positif,” katanya.
Menurut JKN Melaka, sebanyak 258 kes positif COVID-19 baharu direkodkan di negeri ini hari ini.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 248 adalah kes tempatan, tujuh kes import dan tiga kea banduan orang kena tahan (OKT).
“Bagi pecahan kes, sebanyak 120 kes di daerah Melaka Tengah, 50 kes daerah Jasin dan 88 kes daerah Alor Gajah,” katanya.
Menurut kenyataan itu, setakat ini sebanyak 1,736 kes sedang dirawat termasuk 47 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 13 kes menggunakan bantuan alat pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LPM TERIMA LEBIH 200 PERMOHONAN BAGI PROGRAM MELAKA RUMAHKU
AYER KEROH 15 Ogos - Lebih 200 permohonan diterima Lembaga Perumahan Melaka (LPM) membabitkan bina baru dan baik pulih kediaman...
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
