
Curi bas sekolah sebab nak balik kampung
DUYONG 31 Januari – Seorang penganggur dicekup selepas melarikan sebuah bas sekolah dalam kejadian di sebuah stesen minyak Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Kampung Musai, Bukit Serindit, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, suspek berusia 27 tahun itu telah melarikan bas tersebut menghala ke arah Melaka Sentral sebelum bas itu terbabas di bahu kiri jalan berhampiran sebuah hotel di Taman Malinja.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek kemudiannya ditahan pemilik bas dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Mengikut pengakuan awal, suspek mendakwa melakukan kegiatan itu dengan tujuan untuk pulang ke kampungnya di Kapar, Klang.
“Suspek juga dipercayai kurang siuman,” katanya dalam satu kenyataan.
Christopher berkata, suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...

