CUTI SEKOLAH LIMPAHAN REZEKI BUAT PENIAGA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TANJUNG BIDARA 18 September – Kehadiran pelancong ke Pantai Pengkalan Balak, di sini, sempena cuti persekolahan memberi limpahan rezeki buat peniaga sekitar.

Peniaga Jamil Ramli, 54, berkata, sudah menjadi kebiasaan kawasan pantai tersohor itu menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai negeri setiap kali tiba musim cuti.

Katanya, meskipun jualan tidak ‘serancak’ tahun-tahun sebelum ini namun peniaga dapat menambah pendapatan.

Whatsapp Image 2024 09 18 At 5.16.30 Pm
JAMIL melayan pelanggan singgah ke gerainya.

“Berbanding hari biasa atau cuti hujung minggu, jualan semasa cuti sekolah ada peningkatan dan dapat membantu peniaga, di sini.

“Boleh katakan Pantai Pengkalan Balak ini destinasi pilihan ramai kerana kebanyakkan yang datang ke sini orang luar dan sebagai peniaga kami amat bersyukur.

“Walaupun ada masanya pengunjung yang datang tidak berbelanja banyak, sekurang-kurangnya ada rezeki buat peniaga,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga Afandy Awang, 52, berkata, cuti persekolahan ataupun cuti panjang sering dinantikan oleh peniaga setempat.

“Tidak dinafikan apabila musim cuti, jualan ada peningkatan walaupun tidak banyak namun begitu saya tetap bersyukur kerana ada pelanggan.

“Faham dengan keadaan ekonomi sekarang, saya tidaklah meletakkan harapan yang tinggi. Kesudian pengunjung untuk datang berkelah atau bercuti di sini, sudah baik dan menunjukkan Pantai Pengkalan Balak masih menjadi tumpuan ramai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

361
Kongsi :
Previous post POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA DAN MOTOSIKAL DI KAMUNTING, DUA PARAH
Next post ‘TANDAS BMW ADA PENDINGIN HAWA’
Ubah saiz-+=