DAP pertaruh dua muka baharu, kekalkan enam bekas ADUN

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KUALA LUMPUR 5 Nov – DAP hari ini mengumumkan senarai calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan, daripada lapan kerusi yang ditandingi, parti itu telah menyenaraikan dua muka baharu iaitu di kerusi DUN Pengkalan Batu dan Banda Hilir.

Antara muka baharu yang dicalonkan ialah Muhamad Danish Zainudin yang bakal bertanding di DUN Pengkalan Batu.

Pemuda berusia 25 tahun itu sebelum ini merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li.

Sementara itu, DUN Banda Hilir pula bakal mempertaruhkan satu-satunya calon wanita iaitu Leng Chau Yen, 37.

Beliau merupakan Setiausaha Publisiti DAP Melaka selain turut berkhidmat sebagai Setiausaha politik bekas ADUN Banda Hilir, Datuk Tey Kok Kiew.

Kok Kiew yang juga Pengerusi DAP Melaka pula bakal berubah angin bertanding di DUN Bemban yang sebelum ini disandang Datuk Dr Wong Fort Pin yang tidak lagi dicalonkan.

Manakala bagi lima lagi DUN iaitu Gadek, Kesidang, Ayer Keroh, Duyong dan Kota Laksamana, DAP mengambil keputusan untuk mengekalkan calom sebelum ini.

Mereka ialah G Saminathan (Gadek), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Low Chee Leong (Kota Laksamana) dan Damian Yeo Shen Li (Duyong).

**Senarai calon DAP PRN Melaka:

– N07 Gadek – G.Saminathan
– N15 Pengkalan Batu – Muhamad Danish Zainudin (calon baru)
– N16 Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
– N19 Kesidang – Allex Seah Shoo Chin
– N20 Kota Laksamana- Low Chee Leong
– N21 Duyong – Damian Yeo Shen Li
– N22 Bandar Hilir – Leng Chau Yen (calon baru)
– N24 Bemban – Tey Kok Kiew

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

458
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: BN adakan sidang media esok, jam 10 pagi
Next post Calon BN perlu tandatangan aku janji tidak akan lompat parti
Ubah saiz-+=