
Dasar pengambilan pelajar MRSM tanpa mengira aliran sekolah dikekalkan
PADANG TERAP, 5 Sept – Cadangan perubahan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang diumumkan sebelum ini tidak akan dilaksana, sebaliknya syarat lama akan dikekalkan, memetik portal Berita Harian sebentar tadi.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata semua pelajar tanpa mengira aliran berhak mendapat peluang kemasukan ke MRSM atas semangat ‘Keluarga Malaysia’.
“Saya tegaskan dasar dan syarat kemasukan ke MRSM, kita kembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini bagi memberi peluang kepada semua pelajar memohon.
“Kelayakan dan pemilihan pelajar pula dibuat berdasarkan kepada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang menguji kecenderungan STEM serta keperibadian pelajar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau mengulas isu syarat kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan Satu dan Empat sesi 2022 yang hanya menerima permohonan calon dari sekolah kebangsaan membabitkan Tahun Satu hingga Enam manakala sekolah menengah kebangsaan pula Tingkatan Satu hingga Tiga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘DAK RAOP’ TAK LUPA KAWAN LAMA
TANJUNG BIDARA 22 Mac - Riak wajah ceria jelas terpancar pada wajah Ab khalim Baba, 60, sebaik melihat kelibat Ketua...
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
