
Dewan Rakyat lulus RRU Perbekalan Tambahan (2021) 2022
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 untuk memohon perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 sebanyak RM8,413.5 juta.
Rang undang-undang yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak Ahli Parlimen.
Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2021 ke Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM2.235 bilion dan RM64.26 juta yang merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2021.
Sebanyak RM6.18 bilion pula adalah peruntukan tambahan langsung kepada kementerian dan jabatan yang telah diberi kebenaran untuk berbelanja melebihi peruntukan bagi membiayai perkara-perkara yang komited pada 2021.
Terdahulu, Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa disusuli sesi penggulungan oleh kementerian yang terlibat dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MISI LAHIR GENERASI AL-QURAN PENGGERAK UMMAH, KADJ PERLUKAN SOKONGAN
KOTA LAKSAMANA 14 Oktober - Usaha melahirkan generasi celik al-Quran yang mampu menjadi penggerak ummah mendorong Persatuan Kebajikan dan Pendidikan...
KHAIDHIRAH TAWAR DIRI PERTAHAN DUN RIM
AYER KEROH 14 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menawarkan diri untuk mempertahankan...
‘KAK SOM’ TUNAI JANJI, SRA JAIM BACHANG KINI DALAM PEMBINAAN
PENGKALAN BATU 14 Oktober - Penantian lebih 20 tahun penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu untuk menikmati kemudahan Sekolah...
BUKAN SEKADAR MAHIR, USAHAWAN MELAKA BAKAL DILATIH KUASAI DIGITAL DAN AI
AYER KEROH 14 Oktober - Usahawan berkemahiran di Melaka bakal diberi peluang memperkukuh keupayaan pemasaran dan pengurusan perniagaan menerusi perancangan...
MeSRa PENDIDIKAN: SEKOLAH LEBIH SELESA, PEMBELAJARAN LEBIH BERMAKNA
AYER KEROH 14 Oktober - Keperluan pendidikan yang berkembang seiring pertambahan penduduk mendorong Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembinaan sekolah...
SEKOLAH DI MELAKA DIBUKA SEMULA ESOK, AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DIHENTIKAN
AYER KEROH 14 Oktober - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Melaka akan beroperasi semula esok...
