MBMB terima pengiktirafan ‘Diamond’ Bandar Rendah Karbon

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 22 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meraih kejayaan membanggakan apabila meraih pengiktirafan ‘Diamond’ pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon Tahun 2021.

Pengiktirafan itu diterima menerusi Zon Melaka Low Carbon City (MLCC) yang terletak di Bukit Peringgit yang merekodkan pengurangan karbon sebanyak 251.91tCO2e.

Anugerah itu diraih menerusi empat kategori elemen iaitu tenaga, air, sisa dan kehijauan.

Majlis penyampaian anugerah telah diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini, yang disempurnakan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Majlis penyampaian anugerah telah diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini, yang disempurnakan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk rekod, majlis anugerah itu dianjurkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Ia diadakan bertujuan mengiktiraf komitmen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan- badan kerajaan dan organisasi swasta dalam pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) menerusi Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C).

Sebanyak 13 Zon Rendah Karbon dan 30 Rakan Kongsi Rendah Karbon telah menerima pengiktirafan Diamond bagi inisiatif pengurangan pelepasan GHG.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2008
Kongsi :
Previous post Dewan Rakyat lulus RRU Perbekalan Tambahan (2021) 2022
Next post Pesawat terhempas: PM ucap takziah kepada kerajaan China
Ubah saiz-+=