
Pesawat terhempas: PM ucap takziah kepada kerajaan China
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan China di atas tragedi pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas semalam.
Beliau menerusi catatan di akaun Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa pesawat itu dan berharap mereka tabah dalam menghadapi ujian tersebut.
“Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di wilayah Guangxi, China, semalam.
“Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan takziah yang mendalam kepada kerajaan China dan keluarga mangsa,” katanya.
Menurut laporan media, sebuah pesawat yang membawa 132 penumpang terhempas di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China pada Isnin petang.
Pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming menuju ke Guangzhou itu terhempas di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian, bandar Wuzhou pada 2.38 petang. Nahas itu turut mengakibatkan kebakaran.
Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini memaklumkan setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam nahas itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR MERLIMAU BAWA SINAR BAHARU BUAT MUALAF MAIM
MERLIMAU 17 Julai - Mendiami kediaman yang selesa sememangnya menjadi impian semua insan, termasuk Muhammad Yusof Sia Hock Lim, seorang...
HADIAH ISTIMEWA TOK RAUF UNTUK ‘PENIAGA KAMPUNG’
MERLIMAU 17 Julai - Selepas lebih sedekad menggunakan motosikal roda tiga yang uzur untuk mencari rezeki, seorang peniaga ikan dan...
PERBEZAAN POLITIK BUKAN MEDAN PERMUSUHAN, AB RAUF TERIMA KEPUTUSAN PH DENGAN HATI TERBUKA
MERLIMAU 17 Julai - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menerima keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak lagi...
JELAJAH KETUA MENTERI: SUARA RAKYAT JADI PANDUAN KERAJAAN NEGERI
MERLIMAU 17 Julai - Suara dan pandangan rakyat yang diperoleh menerusi Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat menjadi panduan penting...
WRUR MERLIMAU BAWA KONSEP ‘ADUAN DI KEDAI KOPI’
MERLIMAU 17 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau memanfaatkan kedai kopi sebagai platform...
ANAK MELAKA BERASAL DARIPADA LELUHUR YANG HEBAT – TOK RAUF
MERLIMAU 17 Julai - Setiap anak Melaka perlu berbangga dengan sejarah bumi bertuah ini yang pernah menjadi pusat perdagangan tumpuan...
