MPHTJ raih anugerah ‘Diamond’ bagi zon dan rakan kongsi Bandar Rendah Karbon

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

AYER KEROH 22 Mac – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) terus cemerlang dalam melaksanakan inisiatif bandar rendah karbon dengan merangkul dua anugerah ‘Diamond Rating Award.

Dua anugerah berkenaan berjaya diraih menerusi kategori Zon Rendah Karbon dan Rakan Kongsi Rendah Karbon yang disempurnakan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2021 di Kuala Lumpur, hari ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berkata, anugerah itu diperolehi menerusi hasil inisiatif MPHTJ untuk mengurangkan jumlah karbon di udara antaranya melalui program kitar semula dan program penanaman pokok.

Katanya, MPHTJ juga turut melaksanakan ‘framework’ atau rangka kerja supaya memastikan kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengurangkan 45 peratus karbon di udara menjelang tahun 2030.

“Pada majlis anugerah tersebut, MPHTJ berjaya memperolehi ‘Diamond Rating Award bagi kategori Zon Rendah Karbon di kawasan MITC, Hang Tuah Jaya dengan pengurangan emisi karbon sebanyak 3,299.53 tCO2e atau 18.5 peratus.

“Bagi anugerah ‘Diamond Rating Award’ untuk kategori Rakan Kongsi Rendah Karbon diperolehi di kawasan Kompleks Melaka Mall dengan pengurangan emisi karbon sebanyak 1,388.15 tCO2e atau 35.38 peratus,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

SHADAN (tengah) pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2021 di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata, sebanyak 12 sekolah di bawah MPHTJ turut memenangi anugerah ‘Diamond Award Rating’ yang mana kesemua sekolah berkenaan diberi panduan untuk mengamalkan budaya hijau.

Antara sekolah yang terbabit termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Razak; SK Ayer Keroh; SK Tehel; SK Gangsa; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh; SMK Mushi Abdullah dan Kolej Vokasional Melaka Tengah.

“Semua sekolah berkenaan telah mengikuti program inisiatif ‘MPHTJ Low Carbon Eco Schools Program’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1755
Kongsi :
Previous post Pesawat terhempas: PM ucap takziah kepada kerajaan China
Next post Lebih 150,000 tan karbon dioksida setara, pengurangan pelepasan GHG dicatat pada 2021
Ubah saiz-+=