DMDI lancar Tabung Bantuan Khas

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 26 Ogos – Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menerusi sekretariatnya telah menubuhkan tabung bantuan khas atas sifat kasih sayang dan bertanggungjawab terhadap kebajikan golongan memerlukan.

Pemangku Presiden DMDI Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin berkata, Tabung Bantuan Kemanusiaan DMDI itu menyasarkan sekurang-kurangnya RM500,000 kutipan.

“Ia bagi membantu golongan kelainan upaya (OKU), warga emas, gelandangan, ibu tunggal serta mangsa bencana alam di negara ini dan juga negara-negara anggota DMDI.

“Sekretariat DMDI bersama Yayasan DMDI dan seluruh anak syarikat serta entiti di bawah jenama DMDI giat mengumpulkan wang sumbangan untuk diagihkan kepasa mangsa-mangsa letusan Gunung Sinabung di Kepulauan Sumatera, Indonesia,” katanya.

Ujarnya, Indonesia merupakan salah sebuah dari 23 negara anggota DMDI.

“Kita bukan saja simpati terhadap ribuan mangsa letusan Gunung Sinabung tetapi bertanggungjawab membantu mangsa berkenaan lebih-lebih lagi mereka warga Islam.

“DMDI hargai semua sumbangan yang mula diterima dari orang ramai yang prihatin terhadap nasib mangsa letusan Gunung Sinabung,” katanya.

Katanya, syarikat dan pihak swasta juga menyatakan minat untuk menyalurkan sumbangan.

“Antaranya institusi kewangan, syarikat-syarikat korporat, anak syarikat kerajaan negeri dan Kerajaan Negeri Melaka sendiri yang akan memberikan kerjasama untuk membuat sumbangan kepada tabung ini.

“Orang ramai yang berminat untuk buat sumbangan boleh menerusi akaun Maybank Islamik nombor akaun 554110526275 atau hubungi talian 012-3085767 selain melayari laman sosial Facebook Sekretariat DMDI untuk maklumat lanjut,” katanya lagi.

Views:

811
Kongsi :
Previous post Dulu hobi kini pasar produk menerusi ‘handmade market’
Next post Kerajaan telah mulakan rancangan pemerkasaan ekonomi selanjutnya – Tengku Zafrul
Ubah saiz-+=