Sorting by

×

DRON TINGKAT KECEKAPAN, HASIL LUMAYAN

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KLEBANG 17 September – Penggunaan teknologi dron dalam sektor pertanian terutamanya penanaman padi di Melaka kini semakin meluas kerana sudah terbukti mampu meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa petani.

Dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) juga semakin digemari kerana mengurangkan bebanan kerja petani bagi melaksanakan kerja-kerja menabur benih, membaja dan menyembur racun.

Pesawah, Ng Swee Kiat, 49, berkata sejak tiga tahun lalu dia menggunakan dron yang terbukti amat membantu mempercepatkan lagi proses menanam padi berbanding keadah konvesional.

“Paling membantu adalah mengurangkan beban tugas ketika menabur benih dan membaja. Jika sebelum ini saya bersama pekerja perlu mengambil masa antara 30 hingga 45 minit untuk menabur 70 kilogram (kg) benih padi bagi petak sawah seluas 0.4 hektar, kini masa diperlukan kurang 10 minit.

“Begitu juga untuk proses membaja dan meracun, masa diperlukan amat singkat, teknologi dron amat efisien kerana taburan dan semburan dilakukan adalah menyeluruh, boleh dikatakan merangkumi keseluruhan sudut petak sawah, tidak ada tertinggal. Paling puas hati apabila melihat benih baik dengan sekata dan cantik,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan tapak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong di Taman Rambai Tengah, hari ini.

Swee Kiat yang mengusahakan sawah keseluruhan berkeluasan 40.4 hektar berkata, penggunaan dron juga membantunya berjimat.

“Saya usahakan pelbagai jenis varieti antaranya CL220, 297 dan MR315. Teknologi ini seharusnya dimanfaatkan selaras dengan peredaran zaman kerana ia amat memudahkan rutin pesawah, namun begitu bagi sesetengah aspek masih memerlukan sentuhan manusia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

382
Kongsi :
Previous post WTD 2025: INAP DESA, KAMPUNGSTAY MELAKA TIDAK NAIK HARGA
Next post MPAG RAIH DUA ANUGERAH ATAS INISIATIF KOMUNITI DAN KELESTARIAN