
Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
KUALA LUMPUR, 23 Mei – Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata laporan kejadian tersebut diterima pihaknya pada 10.17 pagi, berkenaan seorang wanita tempatan, 71, tidak sedarkan diri dan seorang lelaki tempatan, 35, dalam keadaan tergantung di dalam rumah terbabit.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk. Barang-barang peribadi milik kedua-dua mereka seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas kedua-dua mayat juga tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor turut hadir di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.
“Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk tujuan bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi,” katanya.
Zainal Mohamed berkata sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kundang Sarjan Mejar Wan Azhar Wan Ariffin ditalian 03-60341222 atau 019-9997233. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...

