
Dua beranak maut kemalangan motosikal selepas langgar ayam hutan
KOTA TINGGI, 26 September – Dua beranak maut apabila motosikal yang dinaiki mereka melanggar seekor ayam hutan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 39.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang melibatkan motosikal jenis Yamaha MT-09 itu kira-kira pukul 8 malam.
Beliau berkata penunggang motosikal yang merupakan lelaki berusia 40 tahun itu dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Felda Penggeli Timur bersama anak lelakinya yang berumur sembilan tahun.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan akibat melanggar seekor ayam hutan yang secara tiba-tiba melintas jalan lalu terbabas ke kawasan rumput di bahu kiri jalan dan merempuh sebatang pokok.
“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPHTJ TEKAD PASTIKAN KUTIPAN HASIL KEMBALI KEPADA RAKYAT
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) komited memastikan hasil yang dikutip termasuk cukai taksiran diterjemahkan...
2,188 WARGA PBT TUNJANG KEKUATAN MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Seramai 2,188 warga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Melaka menjadi tunjang dan sumber kekuatan...
RUANG ‘SEPI’ JADI REZEKI RAKYAT MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memuji usaha empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)...
EMPAT KEUTAMAAN PBT MELAKA HADAPI BAKI 2026
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka digesa memperkukuh pengurusan aset, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan,...
99 PERATUS ADUAN RAKYAT SELESAI, BUKTI PBT MELAKA PANTAS BERTINDAK
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Sebanyak 99 peratus daripada lebih 13,300 aduan rakyat yang diterima empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)...
PBT MELAKA ‘MELEDAK’, RAIH PELBAGAI PENGIKTIRAFAN
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka terus ‘meledak’ dengan pelbagai pencapaian dan pengiktirafan di...

