
Dua kluster baharu, sembilan kematian COVID-19 di Melaka
AYER KEROH 11 Sept – Dua lagi kluster baharu direkodkan di daerah Melaka Tengah membabitkan penularan di tempat kerja.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), pertambahan dua kluster baharu itu iaitu Kluster Jalan Sungai Udang dan Kluster Teknologi Cheng Lot Satu, menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini sebanyak 59.
Katanya, tiga lagi kluster iaitu Kluster Industri Tanjung Beruas, Kluster Tun Razak Peringgit dan Kluster Tembok Sungai Udang 2 diisytiharkan tamat hari ini.
“Setakat ini, Kluster Jalan Sungai Udang yang menular dalam kalangan pekerja merekodkan sebanyak 50 kes keseluruhan termasuk 44 kes baharu hari ini.
“Manakala bagi Kluster Teknologi Cheng Lot Satu membabitkan penularan pekerja kilang mencatatkan 64 kes baharu sekaligus merekodkan jumlah keseluruhan bagi kluster berkenaan,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, JKN turut memaklumkan sebanyak sembilan kematian direkodkan dengan tujuh kes di daerah Melaka Tengah manakala Alor Gajah dua kes dan satu kes di Jasin.
“Pesakit yang meninggal dunia terdiri daripada individu berusia antara 33 hingga 85 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit kronik.
“Antaranya, kencing manis, darah tinggi, strok, obesiti dan asma,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...

