
Dua pegawai SPRM ditahan disyaki terbabit Geng Nicky- Azam Baki
KUALA LUMPUR 27 April. – Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya memberi kerjasama kepada polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.
“Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya ini sekiranya ada yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mac lalu, polis melumpuhkan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky apabila menahan 68 orang dan merampas ratusan ribu ringgit wang tunai serta aset bernilai jutaan ringgit dalam 70 serbuan di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Geng Nicky dipercayai terlibat dalam jenayah terancang antarabangsa, Macau Scam dan pengubahan wang haram.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘KALAU ADO KOCOMASAN ACIK ZUL PALING COPEK SAMPAI’
TABOH NANING 6 November - Meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi penggal terdahulu dibubarkan pada 23 Oktober lalu dan...
PRN MELAKA: MISI ABDUL HAKIM MAHU NOKTAHKAN ISU BANJIR MASJID TANAH
LENDU 6 November - Isu banjir yang sekian lama membelenggu penduduk sekitar Masjid Tanah terus menjadi perhatian calon Barisan Nasional...
RM2 JUTA TANGANI HAKISAN TEBING SUNGAI BERTAM ULU
SUNGAI UDANG 6 November - Peruntukan awal kira-kira RM2 juta akan disalur Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi...
PRN MELAKA: ‘TAK UNDI HELMY, BAIK BENAM KEPALA DALAM TANAH’ – DAK NOR
DUYONG 6 November - "Siapa yang tak undi YB Helmy, baik kau benam kepala dalam tanah," demikian luahan spontan 'Dak...
ZAHARI TURUN PADANG SETIAP HARI, MUSTAFA SAYU KENANG PERSAHABATAN 20 TAHUN
DURIAN TUNGGAL 6 November – Kesediaan penyandang terdahulu, Datuk Zahari Abd Kalil turun berkempen bersama setiap hari menyentuh perasaan calon...
RAIS TERBAIK, PRIHATIN MASALAH RAKYAT’ – PENDUDUK
SUNGAI UDANG 6 November - Keprihatinan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin...
