
DUN TABOH NANING: Gotong-royong jadi medium erat silaturahim
TABOH NANING 28 Mac – Aktiviti gotong-royong menjadi medium terbaik untuk merapatkan silaturahim dalam kalangan penduduk di kawasan perkampungan atau taman perumahan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin berkata, program seumpama itu bukan sahaja menjadi platform untuk penduduk setempat berkumpul sebaliknya memupuk semangat kerjasama.
“Bersempena kedatangan Ramadan kami menjalankan gotong-royong di tanah wakaf yang berjalan serentak di beberapa lokasi sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning seperti di Kampung Kemus.
“Kerja pembersihan membabitkan surau dan tanah perkuburan Islam, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan, kerana aktiviti seperti ini sudah menjadi kebiasaan setiap kali menjelang Ramadan,” katanya.
Beliau berkata, demikian selepas menghadiri Program Gotong-Royong Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ragok, Ayer Paabas, semalam.
Zulkiflee berkata, aktiviti gotong-royong itu mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) lokasi terbabit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA REKOD 25 KESALAHAN PENIAGA GAGAL PAMER TANDA HARGA MERAH JAMBU
PENGKALAN BATU 17 Mac - Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Skim...
KETUA MENTERI RAI PETUGAS PEMBERSIHAN SWM
AYER LIMAU 17 Mac - Peranan dimainkan oleh setiap petugas pembersihan dianggap amat besar terutama dalam menyokong usaha pembangunan negeri...
AIDILFITRI: MELAKA TINGKAT KUALITI JALUR LEBAR UNTUK KESELESAAN ANAK PERANTAU
ASAHAN 17 Mac - Kualiti liputan jalur lebar di Melaka, khususnya dalam kawasan luar bandar dipertingkat bagi memberi keselesaan kepada...
MBMB TERUS MELAKAR KEJAYAAN – KM
AYER KEROH 17 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya merangkul 35 pengiktirafan dan anugerah...
LELAKI MAUT, 4X4 DIREMPUH TRELER KETIKA BERHENTI TEPI JALAN
ALOR GAJAH 17 Mac – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4x4) dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah...
AB RAUF HARGAI PENGORBANAN 200 WARGA MBMB BERTUGAS DI AIDILFITRI
AYER KEROH 17 Mac - Pengorbanan kira-kira 200 warga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang bertugas sempena sambutan Hari Raya...
