
DZULKHAIRI KETUA POLIS MELAKA YANG BAHARU
AYER KEROH 28 Februari – Bekas Ketua Lesen Pasukan Urus Setia (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilantik sebagai Ketua Polis Melaka yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Dzulkhairi itu bagi menggantikan Datuk Zainol Abu Samah yang bersara wajib 3 Januari lalu.
Jawatan Ketua Polis Melaka sebelum ini dipangku Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Md Nazri Nawawi.
Majlis Serah Terima Tugas antara Dzulkhairi dan Md Nazri disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.
Untuk rekod, Dzulkhairi telah berkhidmat selama 24 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dari 2006 hingga 2013.
Antara jawatan yang pernah digalas beliau adalah Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Kuala Lumpur.
Turut berlangsung pada majlis sama, penyerahan terima tugas bagi jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka daripada pemangku, Datin Shahia Salleh kepada Datin Diana Aini Mokter yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP JIPS, Datin Seri Norliah Othman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASJID TANAH KAMPUNG KITA JADI SIMBOL KEBERSAMAAN – AB RAUF
LENDU 21 Disember - Penganjuran Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita menjadi jambatan menyatukan rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
PERKUKUH PERANAN SPEAKER, TINGKAT KEYAKINAN RAKYAT
BANDA HILIR 20 Disember - Peranan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sebagai pengadil yang bijak, adil dan berkecuali...
5 PENCAPAIAN UTAMA WRUR BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 20 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil yang berlangsung selama...
1,704 ADUAN RAKYAT DISELESAIKAN MENERUSI WRUR – AB RAUF
BANDA HILIR 20 Disember – Kerajaan Negeri menerima sebanyak 2,245 aduan rakyat menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang...
WRUR BAWA IMPAK BESAR KEPADA 50,000 WARGA BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 20 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil memberi impak besar...
WRUR BUKIT KATIL LABUH TIRAI, 255 SUARA RAKYAT DIDENGARI
BUKIT KATIL 20 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil yang berlangsung selama...
