E-sukan tarikan baharu pelancongan Melaka – EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KLEBANG 28 Mei – Industri sukan elektronik (E-sukan) dilihat mampu menjadi tarikan baharu pelancongan negeri ini.

EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, komuniti E-sukan yang majoritinya terdiri daripada golongan belia, mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pelancongan negeri ini.

“Kadang-kadang pendekatan kita (kerajaan negeri) agak lambat, jadi kita ambil pendekatan mungkin dalam enam bulan pertama ini kita berikan beberapa percubaan menjelang 2023 ini, kita aturkan penganjuran program E-sukan menjadi satu acara tahunan untuk pelancongan negeri Melaka.

“Tetapi kita kena berbincang dengan pemain industri E-sukan sendiri bagi mengetahui apa yang diperlukan oleh mereka, kemudian baru kita akan mengikut peruntukan undang-undang, kesesuaian venue, waktu, kesesuaian hadiah dan kita akan adaptasikan ia menjadi satu program yang boleh diterima masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Esukan MLBB Pahlawan Melaka di Perkarangan Al Ikhlas Gadget Klebang, di sini, hari ini.

MUHAMMAD Jailani (tengah) diiringi Shaari (kanan) dan Afif (kiri) ketika menyempurnakan perasmian Pertandingan Esukan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) Pahlawan Melaka di Perkarangan Al Ikhlas Gadget Klebang.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, Shaari Basiron dan Pengarah Pemasaran Dan Jualan Al Ikhlas Muhammad Afif Zanilabdin.

Ketika ditanya sama ada E-sukan bakal dimasukkan dalam kalendar pelancongan Melaka, beliau memberitahu ia akan dimasukkan memandangkan ia termasuk di dalam sub sektor sukan.

“Ya ia termasuk kerana E-sukan di bawah sub sektor sukan salah satu daripada 14 sub sektor pelancongan Melaka.

“Memandangkan E-sukan adalah salah satu cabang baharu digital, kita perlu rebut peluang ini, jika tidak kita akan ketinggalan,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1007
Kongsi :
Previous post Hamzah akan bertemu menteri dalam negeri Thailand bincang isu keselamatan negara
Next post HAWANA 2022: Pengamal media mula tiba di Melaka
Ubah saiz-+=