Empangan di Melaka mampu bertahan hingga Ogos meskipun tanpa hujan

Masa Membaca:58 Saat

AYER MOLEK 12 April – Kapasiti air di semua empangan di negeri ini mencukupi dan mampu menampung keperluan penduduk di negeri ini sehingga Ogos biarpun ketiadaan hujan.

Tinjauan terkini mendapati paras air Empangan Jus dan Empangan Durian Tunggal masih terkawal biarpun cuaca kering selain taburan hujan yang menurun sejak kebelakangan ini.

EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Marimad berkata, lawatan ke Empangan Jus dekat Jasin, baru-baru ini mendapati operasi dan paras air empangan itu berada pada tahap terbaik.

Menurutnya, ia merupakan lawatan rutin biasa yang bertujuan untuk memantau perkembangan semasa di semua empangan khususnya memastikan paras air terkawal.

“Tujuan lawatan ialah untuk melihat bagaimana tahap pengoperasian empangan berjalan baik atau tidak dan memeriksa paras air.

“Walaupun cuaca ketika ini agak panas dan kering namun Alhamdulilah, kapasiti air di semua empangan mencapai 100 peratus baik termasuk pengambilan air dari Gersik juga berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) selepas merasmikan Program Sinar Dhuha dan penyampaian kit makanan kepada ibu tunggal serta anak yatim anjuran Persatuan Warisan Insan Melaka dan Kumpulan Ar-Rasyadah Kandang, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4653
Kongsi :
Previous post Zaidi dan Salhah lafaz Ikrar Bebas Rasuah
Next post Kanak-kanak empat tahun maut dihempap tiang pagar
Ubah saiz-+=