Zaidi dan Salhah lafaz Ikrar Bebas Rasuah

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 13 April – Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di hadapan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, hari ini turut disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Mohd Shahril Che Saad

Zaidi melafazkan ikrar berkenaan selepas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri pada 5 Jan lalu manakala pelantikan Salhah sebagai Pegawai Kewangan Negeri berkuatkuasa 1 Mac lalu.

SALHAH melafazkan Ikrar Bebas Rasuah di Bilik MMKN di sini hari ini

Sebelum ini, Sulaiman bersama kepimpinan kerajaan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyempurnakan lafaz IBR di sebuah hotel di Johor Bahru pada 15 Dis tahun lalu.

Sulaiman berkata, majlis itu diadakan bertujuan untuk menjadikan Melaka sebuah negeri bebas rasuah dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan jenayah itu.

“Majlis ini merupakan simbolik komitmen yang tinggi oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan sebuah negeri yang bebas rasuah dan ‘zero tolerance’ terhadap perlakuan jenayah rasuah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

960
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri harap sambutan Songkran eratkan hubungan kekeluargaan, silaturahim
Next post Empangan di Melaka mampu bertahan hingga Ogos meskipun tanpa hujan
Ubah saiz-+=