
ERA BAHARU DI HANG TUAH JAYA, PELAN BANGUNAN DITANDATANGANI SECARA DIGITAL
AYER KEROH 23 Oktober – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mencatat sejarah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Malaysia memperkenalkan Kaedah Tandatangan Digital bagi proses pengemukaan pelan bangunan melalui Sistem OCS 3.0 Plus Online (OSC3).
Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata, inisiatif yang mula dikuatkuasakan sejak Mac 2025 itu telah memberi impak besar terhadap kecekapan pengurusan pelan pembangunan.
“Kaedah ini bukan sahaja efisien, malah berjaya mempercepatkan keseluruhan proses mengemukakan
sehingga ke peringkat kelulusan pelan bangunan.
“Urusan tandatangan oleh pemilik, perunding dan PBT kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi ada liputan internet,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut beliau, pelaksanaan sistem tersebut juga mengurangkan keperluan penyediaan pelan fizikal seperti percetakan, mewarna dan penghantaran manual untuk ditandatangani.
“Penggunaan tandatangan digital membuka lembaran baharu dalam urusan teknikal di MPHTJ, selaras dengan aspirasi menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai Bandaraya Pintar berteraskan teknologi dan kelestarian,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA TIDAK LAGI BERLEMBUT KE ATAS PELAJAR SEKOLAH
BUKIT KATIL 23 Oktober – Pemeriksaan mengejut Polis Melaka di sebuah sekolah di Bukit Baru hari ini mendapati masih ada...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL HILANG KAWALAN DI ‘PERSIMPANGAN Y’
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum merempuh papan tanda di Jalan Hang...
PELAKSANAAN FASA PERTAMA KORIDOR UTILITI MELAKA BERJALAN LANCAR
SERI NEGERI 23 Oktober – Pelaksanaan fasa pertama projek Koridor Utiliti Melaka Sdn Bhd (KUM) berjalan lancar dengan beberapa projek...
JANGAN ‘GHAIRAH’ KUTIP KERANG SAMPAI LUPA KESELAMATAN DIRI – DATUK BANDAR MBMB
KLEBANG 22 Oktober - Orang ramai dinasihatkan agar lebih peka terhadap aspek keselamatan dan kebersihan sepanjang Pantai Klebang ketika menjalankan...
WRUR DURIAN TUNGGAL BAWA KELAINAN, TAMPIL ‘EXCO ANGKAT’ SETIAP KAMPUNG
DURIAN TUNGGAL 22 Oktober - Inisiatif 'Exco Angkat' bagi setiap kampung bakal memberikan impak lebih berkesan pada penganjuran Program Wakil...
MAIM BUKA PERMOHONAN SERTAI SKUAD SUKARELAWAN BALAI ISLAM
AYER KEROH 22 Oktober - Umat Islam berusia 21 hingga 60 tahun di negeri ini dipelawa menyertai Skuad Sukarelawan Balai...