FAMA Melaka bantu pasarkan 10 tan metrik tembikai Terengganu

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

JASIN 3 Jun – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka membantu memasarkan 10 tan metrik tembikai dari Negeri Terengganu sekali gus mengelakkan lambakan hasil pertanian itu.

Ahli Lembaga Pengarah FAMA Datuk Wira Ghazale Muhamad berkata, usaha itu untuk membantu golongan petani di negeri berkenaan yang tidak dapat menjual hasil pertanian mereka.

“Kita jual tembikai dengan harga RM0.80 sekilogram, FAMA Melaka sedia membeli barangan hasil pertanian mereka (petani) dan kami akan cuba pasarkan di Pasar Segar Terkawal (PST), outlet-outlet FAMA, Agrobazaar Rakyat, pasar raya dan lain-lain.

“Ini bagi membantu petani memasarkan produk mereka dalam musim ‘lockdown’, kita sedia maklum mereka tak dapat nak hantar hasil pertanian mereka keluar dan juga mungkin pembeli ataupun pihak pemborong tidak membeli,” katanya pada sidang media selepas penyerahan barangan bagi Program PST secara pandu lalu di Japerun Rim, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ghazale berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai lambakan hasil pertanian di negeri ini sama ada sayur-sayuran ataupun buah-buahan.

“Sekiranya petani menghadapi masalah untuk memasarkan produk dan hasil pertanian, kita sarankan untuk hubungi Bilik Gerakan FAMA Melaka di Ayer Keroh bagi menyalurkan permasalahan itu supaya tindakan segera diambil.

“FAMA Melaka juga sedia membeli hasil pertanian mereka untuk dipasarkan sekali gus memastikan bekalan makanan berterusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

910
Kongsi :
Previous post Perlawanan Kuwait, Bahrain, manfaatkan Harimau Malaya- Cheng Hoe
Next post Kerajaan Melaka bangunkan aplikasi Jejak Asnaf
Ubah saiz-+=