Fasa1 PPN: Boleh kunjungi taman rekreasi awam – PM

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PUTRAJAYA 15 Ogos – Kerajaan bersetuju membenarkan taman-taman rekreasi awam bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibuka bagi tujuan
aktiviti riadah berkuatkuasa 16 Ogos ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara terutamanya dalam usaha mengurangkan tekanan terhadap kesihatan mental.

“Hanya aktiviti yang boleh dilakukan secara individu seperti joging, berbasikal dan bersenam dibenarkan selari dengan prosedur operasi standard (SOP) sukan dan riadah dalam Fasa 1 PPN.

“Orang ramai juga hanya dibolehkan mengunjungi taman-taman rekreasi awam di kawasan kejiranan sahaja. Janganlah rentas negeri atau daerah untuk pergi ke taman rekreasi lain.

“Kebenaran ini amat penting untuk rakyat mendapat lebih masa berada di kawasan yang terbuka dan mempunyai sistem pengudaraan yang lebih baik berbanding hanya terkurung di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media Kemudahan Sektor Ekonomi di sini, hari ini.

Muhyiddin berharap kemudahan itu tidak disalahgunakan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan yang bertanggungjawab perlu memantau pematuhan SOP di taman-taman rekreasi awam itu.

“Mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan kemudahan diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

440
Kongsi :
Previous post Fasa 1 PPN: 11 aktiviti ekonomi dibenarkan operasi mulai esok
Next post Kemudahan Sektor Ekonomi: Terpakai kepada negeri capai 50 peratus kadar vaksinasi lengkap
Ubah saiz-+=