Fasa 1 PPN: 11 aktiviti ekonomi dibenarkan operasi mulai esok

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

PUTRAJAYA 15 Ogos – Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021 melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu selepas mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Aktiviti ekonomi itu melibatkan kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot, kedai peralatan sukan, kedai aksesori kereta.

“Diikuti pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani sahaja, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas, kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media bagi pembukaan semula Kemudahan Sektor Ekonomi di Facebook rasminya, sebentar tadi.

Jelasnya, bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas, serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja), terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.

“Ia termasuklah memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan fitting room. SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan.

“Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination).

“Ini bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap. Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

685
Kongsi :
Previous post Fasa 1 PPN: Kedai gunting rambut antara dibenarkan beroperasi esok
Next post Fasa1 PPN: Boleh kunjungi taman rekreasi awam – PM
Ubah saiz-+=