KAMPUNG BERINGIN SATU KOMUNITI, SATU HATI

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DURIAN TUNGGAL 12 September – Perbezaan usia dan latar belakang tidak menghalang warga Kampung Beringin untuk terus berkumpul, mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil berkata, semangat kebersamaan itu diterjemahkan menerusi penyertaan kira-kira 200 penduduk dalam Sambutan Kemerdekaan Merdeka Fun Day Peringkat Kampung Beringin.

Menurutnya, penglibatan kanak-kanak, golongan muda hingga warga emas dalam program itu menunjukkan kekuatan sesebuah komuniti terletak pada kesediaan masyarakat untuk bersama-sama dalam pelbagai keadaan.

“Seronok melihat semangat kemerdekaan diraikan dalam suasana penuh meriah apabila anak-anak kecil, anak muda hinggalah warga emas bersama-sama memeriahkan program.

“Inilah wajah sebenar sebuah komuniti yang kuat apabila kita dapat berkumpul, berinteraksi dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Zahari yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, semangat kebersamaan itu perlu dikekalkan dan tidak hanya dizahirkan ketika sambutan kemerdekaan, sebaliknya diteruskan dalam kehidupan seharian.

“Kita mungkin berbeza usia dan latar belakang, tetapi kita berkongsi satu kampung, satu semangat dan satu rasa cinta kepada tanah air.

“Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal kerana apabila masyarakat bersatu, banyak perkara dapat dilakukan bersama demi kebaikan komuniti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

363
Kongsi :
Previous post ILMU MESTI DITERJEMAH, BUKAN SEKADAR DISIMPAN