AB RAUF PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT, IKHLAS BANTU RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 52 Saat

KUALA LUMPUR 12 September – Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak menunggu lama untuk mendengar ‘bisikan’ rakyat di akar umbi yang berada dalam kesukaran atau berdepan masalah.

Usaha menyantuni orang Melaka dilaksanakan secara sistematik menerusi penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) dan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat dibawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).

Malah beliau bersama barisan Exco dan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka juga tidak kekok untuk turun padang mengetuk dari pintu ke pintu semata-mata mahu berjumpa empat mata dengan rakyat bagi bertanyakan mengenai masalah yang dihadapi.

Pendekatan itu amat dihargai oleh orang Melaka, kerana kepimpinan di negeri ini amat prihatin terhadap kesukaran dihadapi oleh mereka.

IMG 20260912 WA0047
MUSTAFA ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO. Foto Rezwan Ihsan / Pejabat Ketua Menteri

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Mustafa Musa berkata ciri-ciri pemimpin dan kebijaksanaan Ab Rauf menyelesaikan masalah diakui sendiri oleh rakyat Melaka.

“Seorang ibu pernah berkata kepada saya, dia panggil saya cikgu, bertahun-tahun pernohonan wanita itu berpindah dari meja ke meja tanpa menemui sebarang penyelesaian.

“Tetapi menerusi inisiatif hasil cetusan Ketua Menteri segalanya berubah sekelip mata. Katanya inilah pemimpin yang kita cari,” katanya ketika berucap mewakili Negeri Melaka pada Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Katanya, tidak cukup turun padang mendengar denyut nadi rakyat melalui pelbagai inisiatif dilaksanakan, Ab Rauf menarik perhatian rakyat Malaysia apabila merasai pengalaman sebagai ‘Abang Rider’ dengan menghantar makanan kepada penduduk membuat pesanan melalui perkhidmatan p-hailing.

Jelasnya, meskipun cuma menghantar beberapa pesanan ia sudah memadai buat Ab Rauf merasai sendiri jerit perih dan cabaran ditempuh seorang penunggang p-hailing yang keluar untuk mencari rezeki setiap hari.

“Pelanggan yang menerima pesanan pula sampai terlupa untuk menjamah makan diterima kerana teruja apabila individu yang membuat penghantaran adalah Ketua Menteri Melaka.

“Ketua Menteri Melaka tidak lupakan rakyat, setiap inisiatif dilaksanakan oleh beliau memberikan impak kepada semua golongan termasuk orang muda. Sebab itu baru-baru ini kita anjurkan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026.

“Insya-Allah keperluan rakyat khusus orang muda kan terus diberikan perhatian oleh kepimpinan di Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

380
Kongsi :
Previous post TELOK BEREMBANG JADI ‘PENTAS’ NELAYAN DARAT, 30 PERAHU BERHIAS SEMARAK MERDEKA
Next post MELAKA TAK ADA MASALAH ‘ORDER’ LAIN DAPAT LAIN, KITA ADA KAMPUNG DIGITAL