Sorting by

×

FAZIL GROUP MAHU MAIN PERANAN BANTU RANCAKKAN EKONOMI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BANDARAYA MELAKA 19 September – Temuduga Terbuka anjuran Fazil Group dilihat sebagai antara inisiatif positif bagi mendukung perkembangan serta merancakkan ekonomi Melaka.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie berkata, beliau mengambil tanggungjawab bagi menyokong aspirasi Kerajaan Melaka dalam soal menyediakan peluang pekerjaan buat anak tempatan.

“Alhamdulillah, seminar peluang pekerjaan anjuran kami (Fazil Group) kali ini mendapat sambutan menggalakkan apabila menyaksikan lebih 70 calon yang majoritinya anak tempatan hadir bagi mencuba nasib untuk mengisi kekosongan jawatan di setiap kumpulan syarikat Fazil Group.

“Sasaran kami bukan hanya menawarkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat Melaka khususnya Bumiputera, tetapi melahirkan ejen terbaik agensi insurans dan mampu menjadi jutawan dalam usia muda selari dengan cogan Fazil Group iaitu ‘kaya di usia muda’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas selesai Program Hi Tea & Temuduga Terbuka Fazil Group di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Whatsapp image 2025 09 17 at 3.38.54 pm
LEBIH 70 peserta sertai sesi temuduga terbuka anjuran Fazil Group baru-baru ini.

Mempunyai rangkaian perniagaan yang pelbagai, beliau memberitahu, Fazil Group merancang untuk melebarkan lagi sektor perniagaannya dan bukan hanya tertumpu kepada agensi insurans sahaja.

“Kami sendiri mempunyai sasaran dan ia merangkumi untuk melebarkan lagi jaringan perniagaan. Buat masa ini, di bawah Fazil Group sahaja mempunyai kumpulan syarikat seperti Fazil Shafie Associates Sdn Bhd, Fazil Maju Telecommunications Sdn Bhd, DFS Gold & Jewels Sdn Bhd dan DFS Foods Sdn Bhd.

“Kami tidak akan tertumpu kepada agensi insurans sahaja tetapi kepada cabang perniagaan lain seperti makanan dan minuman (F&B) serta emas, jadi ini membuka ruang buat kami untuk tawarkan beberapa jenis peluang pekerjaan khusus untuk anak Melaka amnya,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

368
Kongsi :
Previous post JURUBAHASA RUGI LEBIH RM500,000 AKIBAT PELABURAN MATA WANG KRIPTO TIDAK WUJUD
Next post KERAJAAN KAJI PERLUAS SKOP RUU TRIBUNAL ANTI-BULI KEPADA SEMUA PERINGKAT UMUR – AZALINA