Firma Singapura ambil alih projek Hatten Land di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDAR HILIR 13 Ogos – Sebuah firma Singapura bersetuju membeli 99 peratus pegangan dalam projek hartanah Harbour City daripada Hatten Land Ltd, menurut Laporan The Edge.

Akhbar The Edge berkata pelaburan tersebut merupakan sebahagian daripada transaksi bernllai US$323 juta (RM1.35 bilion).

The Edge, memetik kenyataan Hatten Land, berkata di bawah perjanjian tersebut, Tayrona Capital Pte Ltd akan melabur US$23 juta di dalam Gold Mart Sdn Bhd, anak syarikat Hatten yang sedang membangun Harbour City melalui terbitan saham baru.

Ini membolehkan Tayrona Capital memegang 99 peratus pegangan dalam Harbour City.

Selain daripada itu, Tayrona Capital juga akan melabur US$240 juta untuk menyiapkan dan memasar Harbour City, menurut Hatten Land.

Hatten juga akan memperolehi US$60 juta di atas penjualan hak milik intelektual projek tersebut kepada Tayson Capital.

Hatten, sebuah syarikat pemaju hartanah yang disenaraikan di Bursa Singapura, berkata perolehan US$60 juta itu akan membolehkan Hatten mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat dan memberi fleksibiliti kewangan untuk pelaburan di bidang pertumbuhan baharu.

Setakat 31 Mac lepas, aset bersih berjumlah RM370 juta.

Hatten juga berkata syarikat tersebut mempunyai hartanah yang telah disiap tetapi belum terjual berjumlah RM1.3 bilion.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Hatten Land Datuk Colin Tan berkata ini bermakna Tayrona Capital turut optimistik dengan prospek jangka-panjang di Melaka.

Ketua Pegawai eksekutif Tayrona Capital James Ordonez berkata ia akan bekerjasama dengan Hatten Land untuk mewujudan peluang pelancongan dan pelaburan baharu daripada projek Harbour City.

Projek tersebut merangkumi sebuah pusat membeli-belah, taman tema dan sebuah hotel mewah.

Views:

562
Kongsi :
Previous post Kualiti perkhidmatan industri kurier negara capai 70 peratus pada 2019
Next post Penoreh getah merayu IPG dinaikkan
Ubah saiz-+=