Kualiti perkhidmatan industri kurier negara capai 70 peratus pada 2019

Masa Membaca:46 Saat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Kualiti perkhidmatan industri kurier negara meningkat empat peratus kepada 70 peratus pada 2019 berbanding 66 peratus pada tahun sebelumnya, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam kenyataannya hari ini, SKMM berkata  penilaian itu dibuat berasaskan Indeks Pelanggan Perkhidmatan Industri Kurier.

Prestasi penghantaran bungkusan juga menunjukkan perkembangan positif dengan secara purata 87 peratus bungkusan diterima dalam tempoh tiga hari di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, demkian menurut kenyataan itu.

Menurut SKMM, dari segi perkhidmatan pelanggan pula, purata masa menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter ialah tiga minit dan purata tempoh perkhidmatan untuk setiap pelanggan ialah antara lima dan 10 minit.

“Dari aspek pelanggan, didapati mereka mengutamakan aspek harga sebagai faktor penentu kepada kepuasan mereka, diikuti ketepatan masa dalam penghantaran,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut SKMM, hasil penilaian itu adalah kriteria utama bagi menentukan pemenang Anugerah Penghantaran E-Dagang Tahunan 2019 yang akan dibuat pada suku keempat tahun ini.- BERNAMA

Views:

238
Kongsi :
Previous post ‘Budak U’ ujian akhir MU
Next post Firma Singapura ambil alih projek Hatten Land di Melaka
Ubah saiz-+=