Fokus lahirkan bakat muda dalam seni silat

Masa Membaca:59 Saat

JASIN 16 Januari – Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) Melaka berhasrat untuk melahirkan bakat-bakat muda dalam seni silat sekali gus mengekalkan tradisi warisan itu.

Justeru, persatuan itu melatih seramai 64 bakat muda berusia lima hingga 21 tahun bagi mempamerkan kebolehan beraksi di pentas silat pada Pertandingan Open Usta Fighter Peringkat Kebangsaan yang akan dianjurkan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Kesang Jasin Melaka, Mohd Zin Othman berkata, penglibatan bakat muda daripada kawasannya itu secara tidak langsung memberi pendedahan kepada mereka pentingnya seni silat Melayu.

“Latihan seni mempertahankan diri ini diadakan pada setiap minggu (Sabtu dan Ahad) sehingga hari pertandingan dan latihan dibuat di Balai Raya Taman Desa Kesang Jasin.

“Ada antara peserta ini telah mewakili sukan Malaysia peringkat kebangsaan dan remaja kebangsaan dengan memenangi pingat emas, perak dan gangsa.

“Kita harap selepas ini pihak Kerajaan Negeri dapat menyediakan gelanggang silat yang selesa dan mempunyai kemudahan bagi peserta peserta ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Peserta yang menyertai seni silat berkenaan akan dilatih oleh Muhammad Hakim Mohd Ariff, manakala jurulatih utama yang membimbing peserta adalah Timbalan Pengerusi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Melaka, Prof Madya Mohd Ariff Mat hanafiah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

789
Kongsi :
Previous post Pan Gon mohon maaf gagal beri keputusan positif berdepan Jordan
Next post Kerajaan serius laksana transformasi digital negara, mahu rakyat sedar – PM
Ubah saiz-+=