Sorting by

×

FSSSM 2025 TONJOL KEINDAHAN SENI, WARISAN DAN SUNGAI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 Oktober – Festival Sungai Melaka X Festival Seni Selat Melaka (FSSSM) 2025 bukan sahaja mengetengahkan keindahan seni dan budaya tempatan, malah mempromosikan Sungai Melaka sebagai nadi utama sektor pelancongan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata Penganjuran tahun kedua secara serentak itu berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga hingga 26 Oktober di sepanjang Sungai Melaka dan Dataran Pengkalan Rama.

Katanya, lebih 30 acara utama disusun bagi menarik kehadiran pengunjung tempatan dan luar negeri.

“Festival tersebut menjadi usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh warisan seni, budaya dan pelancongan sebagai identiti negeri bersejarah ini.

“Matlamat utama festival ini ialah mengangkat semula warisan seni budaya sambil mempromosikan Sungai Melaka. Sejak abad ke-15, sungai ini menjadi pusat perdagangan penting Asia hingga dikenali sebagai ‘Venice of the East’ ,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas Podcast Seni Selat Melaka sempena FSSSM 2025 di Dataran Pengkalan Rama.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat termasuk Pesta Durian, Pertandingan Ratu Kebaya Pelancongan, Pasar Saloma, Petting Zoo, pertandingan karikatur, Kopi dan Puisi, serta Joget Zapin di tepi Sungai Melaka.

“Kita jangkakan lebih 15,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang tiga hari penganjuran, menjadikan festival ini antara acara kebudayaan dan pelancongan terbesar di negeri ini tahun ini.

“Menerusi Melaka River Cruise kita mahu Sungai Melaka terus hidup dan menjadi simbol perpaduan budaya yang mencerminkan identiti negeri,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

475
Kongsi :
Previous post BUSANA BY THE RIVER’ ANTARA TARIKAN UNIK FSSSM 2025
Next post RANGKUL ANUGERAH NEGERI, KEBANGSAAN CERMINAN KECEKAPAN MPAG