Sorting by

×

FSSSM: PASAR SALOMA JADI TARIKAN, IMBAU NOSTALGIA 60-AN

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 Oktober – Menempatkan lebih 40 gerai termasuk gerai jualan makanan, Pasar Saloma yang akan diadakan bersempena Festival Seni Selat Melaka x Festival Sungai Melaka (FSSSM) bakal menjadi tarikan pengunjung.

Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka Ezlina Elias berkata, berkonsepkan latar belakang dan suasana zaman 60-an, Pasar Saloma bakal menggamit nostalgia orang ramai yang hadir.

“Pasar Saloma ini terkenal di Lembah Klang dan konsep ini pertama kali dibawakan ke Melaka. Pasar ini menggambarkan ‘vibes’ zaman 60-an
apabila gerai-gerai jualan turut menggunakan tulisan jawi.

“Terdapat lebih 40 gerai jualan termasuk makanan yang terdiri daripada makanan warisan. Keutamaan kita adalah memfokuskan makanan warisan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media FSSSM 2025 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris, di Kafe Mendam Berahi, Pengkalan Rama, pada Selasa.

Menurut Ezlina, bagi memeriahkan lagi suasana 60-an yang dibawakan, orang ramai turut diminta menggayakan busana tradisi ketika hadir ke FSSSM yang berlangsung di Dataran Pengkalan Rama.

Tambahnya, turut akan berlangsung sempena FSSSM 2025 adalah Pertandingan Ratu Kebaya Pelancongan Selat Melaka.

“Pertandingan ini sudah lama tidak diadakan dan ia agak popular pada tahun 80-an. Untuk pertandingan ini ia terbuka kepada semua termasuk kepada pekerja industri pelancongan.

“Individu boleh memakai apa sahaja rekaan kebaya ia tidak tertakluk kepada kebaya nyonya semata-mata,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1208
Kongsi :
Previous post LEBIH 200 PROGRAM SEMARAK WRUR DURIAN TUNGGAL