Galak anak yatim, miskin miliki akaun SSPN Prime

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 14 Mac – Simpanan untuk pendidikan penghuni masing-masing menjadi keutamaan pihak pengurusan Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) dan Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAAS).

Pengarah Negeri Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Melaka, Mas Anisah Ayu Othman berkata, sehubungan itu pihaknya turun padang membantu melancarkan prosedur membuka akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime, membabitkan 66 anak yatim dan miskin di kedua-dua institusi itu.

Katanya, program berlangsung pada 9 dan 10 Mac lalu itu turut membabitkan sesi taklimat berhubung simpanan SSPN kepada kepada ibu bapa serta penjaga.

“Pengurusan KAYFAZ di bawah seliaan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kemudian memilih seramai 34 orang anak yatim dan miskin untuk membuka akaun Simpanan SSPN Prime.

“Manakala dari RAYSAAS pula seramai 32 penghuni turut dibukakan akaun SSPN Prime yang membabitkan jumlah RM24,305 iaitu wang hasil sumbangan diterima,” katanya.

Whatsapp Image 2024 03 14 At 2.15.39 Pm
PENGHUNI RAYSAAS yang berjaya membuka akaun Simpanan SSPN Prime.

Mas Anisah Ayu berkata, insiatif daripada PTPTN yang memperkenalkan Simpanan SSPN Prime adalah untuk memberi galakan dan motivasi kepada penabung memulakan simpanan sejak usia muda.

“Selain memiliki dana untuk menampung pengajian pada masa hadapan, pemilik akaun juga berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan,” katanya.

PENGHUNI RAYSAAS yang berjaya membuka akaun Simpanan SSPN Prime.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

440
Kongsi :
Previous post Projek jangka panjang pengairan sawah padi bermula hujung tahun ini
Next post PMM terima Anugerah Institusi Keusahawanan Terbaik AKKPT 2023
Ubah saiz-+=