PMM terima Anugerah Institusi Keusahawanan Terbaik AKKPT 2023

Masa Membaca:50 Saat

MERLIMAU 14 Mac – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menerima Anugerah Institusi Keusahawanan Terbaik (Politeknik) sempena Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) 2023 berlangsung di Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir itu bertujuan menghargai inisiatif dan usaha institusi pendidikan tinggi (IPT) cemerlang dalam pendidikan serta pembangunan keusahawanan.

Pengarah PMM Norizam Sekak berkata, atas kejayaan itu pihaknya turut membawa pulang geran pembangunan usahawan berjumlah RM175,000, trofi, plak dan sijil.

“Selepas 10 tahun diidamkan akhirnya PMM berjaya merangkul anugerah ini, pastinya kemenangan diperoleh akan memahat seribu memori indah kepada seluruh warga PMM.

“Anugerah ini sudah pasti akan menyokong agenda keusahawanan di IPT, sekali gus melahirkan ramai usahawan berkemahiran tinggi,” katanya.

AKKPT 2023 telah menerima 213 penyertaan daripada IPT seluruh negara, dengan penilaian dilaksanakan panel dilantik dalam kalangan tokoh industri dan pakar pelbagai bidang khususnya keusahawanan.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan membabitkan sembilan kategori utama dan tujuh kategori khas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

524
Kongsi :
Previous post Galak anak yatim, miskin miliki akaun SSPN Prime
Next post Lega dapat tunaikan wasiat ibu saudara
Ubah saiz-+=