
GALAK BUDAYA TANDAS BERSIH MENAWAN
SUNGAI RAMBAI 5 September – Tandas Awam Kota Budaya terpilih untuk ke peringkat penilaian akhir bagi Kempen Tandas Awam Bersih Tahun 2024 anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen dilaksanakan bertujuan mempertingkatkan tahap kebersihan tandas awam, sekali gus mengajak orang ramai membudayakan konsep ‘Kebersihan Merupakan Sebahagian Cara Hidup Kita’.
“Kempen ini juga salah satu daripada inisiatif KPKT untuk menyedia dan mewujudkan tandas awam bertatus Bersih Menawan dan Wangi (BMW) serta bertaraf empat Bintang.
“Sesi penilaian tersebut dihadiri oleh Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari dan Pengarah Landskap Dan Perkhidmatan Bandar (JLPB) MPJ, Khamaludin Othman.
‘Semoga MPJ beroleh kejayaan dan mengungguli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain yang turut menyertai kempen ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
MELAKA SALUR RM250,000 NAIK TARAF KEM GERAK KHAS SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 20 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM250,000 bagi kerja pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di Kem Sungai Udang...
PEJABAT KETUA MENTERI JAUH, HEBAT DEKATKAN KAMI DENGAN PEMIMPIN
TANJUNG BIDARA 20 September - Bagi pemandu teksi, Mohd Salleh Kadiron, 65, peluang bertemu pemimpin negeri secara bersemuka bukan sesuatu...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT ‘SERBU’ BAHULU WARISAN KAMPUNG JERAM
TANJUNG BIDARA 20 September - Suasana di premis Bahulu Warisan di Kampung Jeram, di sini, bertukar meriah apabila menjadi persinggahan...
