GRADUAN UTEM NIKMATI GAJI PREMIUM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 5 November – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi dan bergaji premium selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi serta negara.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, universiti itu menyahut aspirasi nasional bagi graduan bergaji premium menerusi pelbagai inisiatif dan agenda komprehensif yang telah disempurnakan.

“UTeM menjana hasil memberangsangkan apabila peratusan graduan kami bergaji premium bagi tahun 2022 mencapai sebanyak 7.6 peratus seterusnya meningkat lagi kepada 8.6 peratus pada 2023.

“Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada kajian semasa, kami menjangkakan lonjakan peningkatan berterusan peratusan graduan bergaji premium bagi tahun 2024 ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut beliau berkata, UTeM terus mencatatkan peratusan tertinggi kebolehpasaran graduan dalam sejarah bagi tahun 2023 iaitu 97.7 peratus meningkat berbanding 96.4 peratus tahun sebelumnya.

Jelasnya, kejayaan ini meletakkan UTeM sebagai juara berganda dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan berada pada kedudukan kelima dalam kalangan 20 universiti awam Malaysia.

Sementara itu mengulas mengenai bilangan pendaftaran pelajar pula, beliau berkata UTeM merupakan destinasi utama kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan diploma bagi menyambung pengajian teknikal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

317
Kongsi :
Previous post PEGAWAI SPRM DIDAKWA SALAH GUNA WANG SITAAN BERJUMLAH RM613,000
Next post LINNAS LAHIRKAN ASNAF BERKEMAHIRAN 
Ubah saiz-+=